LINK VIDEO PAMERAN ( KLIK DI BAWAH)
VIDEO PENERANGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LINK BAGI LAPORAN PROJEK KREATIF (KLIK DIBAWAH)
LINK VIDEO PAMERAN ( KLIK DI BAWAH)
VIDEO PENERANGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LINK BAGI LAPORAN PROJEK KREATIF (KLIK DIBAWAH)
Pengenalan
Perancangan Pembangunan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap kerharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Misi Pendidikan
Terdapat satu misi Pendidikan di Malaysia iaitu membangungkan sistem pelajaran yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Wawasan 2020
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana
Menteri keempat ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada 28 Febuari 1991, yang
bertujuan untuk meningkatakan Malaysia menjadi sebuah negara Malaysia yang maju
sebelum menjelang tahun 2020. Seterusnya, dalam Wawasan 2020 terdapat sembilan
matlamat utama wawasan 2020. Selain itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah
menggariskan sembilan cabaran strategik yang Malaysia atasi untuk mencapai Wawasan
2020. Antara sembilan cabaran ialah:
• Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
• Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
• Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
• Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
• Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
• Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
• Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
• Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
• Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.
1. Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan kesinambungan kepada
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010). Setelah PIPP tamat pada tahun
2010, Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) telah melakukan kajian semula terhadap
sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh bagi membina pelan pembangunan
pendidikan yang baru yang dapat memenuhi standard Pendidikan antarabangsa, tuntutan
ibu bapa, masyarakat, majikan dan harapan generasi muda abad ke -21. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk
melonjakkan sistem Pendidikan Malaysia ke dalam kelompok negara-negara yang
mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di dunia.
2. Objektif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan rancangan yang daripada Bekas
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Bin Mohammad Yassin kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia yang bermatkamat untuk menyediakan semua rakyat Malaysia dengan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti yang membentuk rakyat Malaysia yang
berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan bersatu padu.Jadi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia adalah untuk mencapai objektif seperti memahami prestasi dan cabaran
semasa dalam sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan akases kepada
Pendidikan, meningkatkanstandard, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan sistem. Selain itu, ia
adalah bagi mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem
Pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 2013. Bagi objektif ketiga pula adalah untuk
menggariskan program transformasi sistem pendididkan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi
masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.
3. Gelombang Pertama (2013-2015) ke arah menambah baik sistem pendidikan Malaysia.
Untuk memastikan semua guru, pengetua atau guru besar dan sekolah mencapai
tahap minimum standard kualilti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, satu
rancangan yang merangkumi gelombang 1, gelombang 2 dan gelombang 3 telah dirancang
bagi merealisasikan hasrat tersebut. Jika dilihat pada gelombang 1 yang merangkumi tahun
2013-2015 ia boleh dikaitkan dengan analisis bagi pelaksanaan dan pencapaian Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 -2015) kearah menambahbaik sistem pendidikan
Malaysia. Dalam gelombang pertama, terdapat beberapa rancangan seperti melaksanakan
Program Transformasi Derah, merombak IPG dan Latihan praperkhidmatan, melaksanakan
1BestariNet kesemua sekolah. dan melaksanakan KSSR dan Bahasa Malaysia SJK.
Disamping itu juga, terdapat juga pelaksanaan lain yang dibuat oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia sendiri seperti mengukuhkan praktikum dalam program Vokasional,
meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah, mentransformasi Kementerian
dengan meletakkan pemimpin terbaik dan memeperluaskan LINUS dan penguasaan
kemahiran berbahasa inggeris.
Selain daripada itu, dalam memastikan standard kualiti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia tercapai, mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar
sekolah Band 5.6 dan 7, membina soalan peperiksaan berelemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi, meningkatkan standard pengajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Matematik dan
Sains merupakan rancangan yang telah dibuat.
4. Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Dalam anjakan 11, terdapat beberapa anjakan yang dapat dihubungkaitkan dengan
pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 – 2015. Antaranya ialah dalam anjakan empat
yang fokus kepada transformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.Jadi
dalam memastikan anjakan dapat direalisasikan dengan sempurna, KPM telah memastikan
guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban
pentadbiran. Selain itu juga, dengan meningkatkan kualiti Continuous Profesional
Development (CPD) mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan
berasaskan sekolah. Seterusnya, dalam anjakan lima memfokuskan kepada memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Seterusnya dalam anjakan 6 juga turut dapat dihubungkaitkan dengan PPPM 2013 -
2015. Dalam anjakan ini ia memberi penekanan kepada mengupaya JPN, PPD dan sekolah
untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan dengan memastikan 100%
sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan
Sarawak. Dalam masa yang sama juga, KPM juga berusaha untuk penambahbaikan prestasi
sekolah sekolah melalui program yang sistematik dengan dipimpin PPD disemua negeri
menjelang 2014 dan meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah , termasuk
lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum dimulai
dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar.
Disamping itu, anjakan 7 yang menekankan mengenai memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia dengan meningkatkan akses internet dan persekitaran
pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013,
memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk
meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus dan menambahkan kandungan atas
talian untuk perkongsian amalan baik.
Justeru, dalam anjakan 8 yang memfokuskan kepada transformasi kebolehan dan
keupayaan penyampaian kementerian turut dapat dihubungkaitkan. Pelaksaan anjakan 8
ini adalah memperkukuhkan keupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama
mulai 2013, sekurang –kurangya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN
kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014 dan mengupaya JPN dan PPD
dengan memberi lebih baik hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta
meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013.
Yang terakhir, dalam menjayakan PPPM 2013-2015 ini, pihak KPM juga telah menggnakan perancangan dalam anjakan 11 yakni
anjakan terakhir. Dalam anjakan ini, ia memberi tumpuan pada meningkatkan ketulusan untuk
akauntibiliti awam secara langsung dengan menerbitkan laporan tahunan awam bagi
kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 dan melaksanakan
semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan
Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak
berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya.
1. Gelombang Kedua (2016 - 2020) ke arah mempercepat kemajuan pendidikan Malaysia
Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Antaranya ialah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa. Pelaksanaan ini akan melibatkan penggabungan elemen maklum balas, penanda aras, dan dapatan menerusi ujian stress-testing yang menentukan kestabilan sistem yang dijalankan semasa Gelombang 1. KPM akan membangunkan kurikulum yang baharu menggunakan jumlah jam dalam tahun persekolahan sebagai titik permulaan dan mengeluarkan kandungan yang bukan keutamaan bagi mengelakkan kepadatan kurikulum. Selain itu, kemahiran dan kecekapan yang dikenal pasti sebagai penting dalam dunia global masa kini akan diterapkan sepenuhnya dalam kurikulum. Kementerian juga akan meminda peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Selain itu, menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama. STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu bidang pembelanjaran, pakej mata pelajaran dan pendekatan p&p. Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik. Selain itu, Memperhebatkan usahausaha untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam peperiksaan utama di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.
Selanjutnya, memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti. Dalam Gelombang 2, Kementerian akan meningkatkan standard program pascamenengah matrikulasi untuk meningkatkan tahap pengiktirafannya pada peringkat antarabangsa. Objektifnya adalah untuk memastikan kelayakan matrikulasi diterima oleh institusi awam dan swasta dalam dan luar negara. Bagi mencapai objektif ini, program matrikulasi perlu ditanda aras dengan pengiktirafan akreditasi antarabangsa seperti AS-Levels atau Scottish Highers.
Di samping itu, mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi, kumpulan minoriti lain, dan berkeperluan khas. Kementerian akan terus memastikan murid daripada golongan ini mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang relevan dengan keperluan mereka. Gelombang kedua pembaharuan ini akan bertumpuan kepada usaha meningkatkan hasil pembelajaran dan standard kurikulum bagi semua murid kumpulan pribumi dan minoriti lain menggunakan intervensi yang direka khas. Dengan menggunakan data yang diperoleh daripada proses pengurusan data yang dikemaskini, Kementerian akan memberikan sokongan kepada JPN dan PPD untuk merangka program intervensi khusus dan memberikan bantuan mengikut keperluan kumpulan pribumi dan minoriti lain. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.
Seterusnya, meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan. Dalam Gelombang 2, Pakej Kerjaya Guru baharu akan dibina atas kejayaan Gelombang 1 yang memberi tumpuan kepada peningkatan standard dan kualiti program latihan praperkhidmatan perguruan, dan memastikan hanya graduan yang terbaik dipilih menyertai profesion keguruan. Pakej ini akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung pada minat guru. Selain itu, kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru berprestasi tinggi, manakala guru yang tekal berprestasi rendah diberi pilihan bagi penempatan semula. Semua kerja awal bagi perubahan ini perlu bermula semasa pelaksanaan Gelombang 1 untuk membolehkan inisiatif yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016.
Selepas itu, mengukuhkan bahagian utama Kementerian KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan. Kementerian akan terus memberi kuasa kepada JPN dan PPD supaya menjadi organisasi yang lebih diperkemas selari dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Justeru, di peringkat Kementerian, susunan bahagian Kementerian juga perlu diperkemaskan di samping terus memberikan lebih kuasa untuk membuat keputusan dan kebertanggungjawaban kepada JPN dan PPD. Tujuannya adalah untuk menghasilkan suatu model yang menggambarkan fungsi dan hala tuju yang sama tetapi dengan peranan yang berbeza di pelbagai peringkat. Organisasi JPN dan PPD akan distruktur semula mengikut kluster tertentu. Penstrukturan semula ini membolehkan pengkhususan yang lebih dan memberi mandat yang jelas kepada pegawai.
Sementara itu, merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh. Apabila sistem pendidikan kita berjaya memastikan tahap kemahiran bahasa Malaysia secara sejagat dan menyediakan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, maka sistem pendidikan kita akan berada pada kedudukan yang optimum untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi penguasaan dwibahasa. Menjelang tahun 2020, pilihan untuk bahasa tambahan yang popular seperti bahasa Cina, bahasa Tamil, dan bahasa Arab akan dipeluas kepada lebih banyak sekolah. Usaha ini akan memerlukan latihan danpenempatan lebih banyak guru bahasa. Selain itu, pengajaran bahasa tambahan akan diintegrasikan dalam waktu pengajaran di sekolah menengah seperti KSSR. Sekolah yang lebih besar boleh mendapatkansumber luar untuk menawarkan pilihan bahasa sementara sekolah yang lebih kecil perlu meneroka peningkatan penggunaan teknologi untuk meningkatkan bilangan bahasa yang ditawarkan.
Lebih-lebih lagi, memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri. Kementerian akan memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Maka, Kementerian akan melaksanakannya dengan mengukuhkan asas ICT sekolah sambil memperkenalkan penyelesaian ICT yang terbukti baik ke dalam sistem Pendidikan. Kementerian akan mengkaji peluang-peluang baharu untuk transformasi pengggunaan ICT dalam bilik darjah, umpamanya melalui EduWeb TV selaras dengan pengukuhan asas ICT dalam sistem pendidikan Malaysia. Ini termasuk meningkatkan amalan terbaik dalam bidang kecemerlangan dan inovasi yang dikenal pasti dalam Gelombang 1. Kementerian juga akan mengemaskini strategi yang menggambarkan dapatan baru daripada kajian antarabangsa tentang cara memanfaatkan ICT dalam membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Akhir seklai, memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta. Kerjaya ini mencakupi kemahiran teknikal dan vokasional, daripada pertukangan hinggalah kepada jawatan dalam bidang kejuruteraan dan pekerjaan lain. Berbeza dengan aliran teknikal yang menyediakan murid untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi, aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya. Dalam Gelombang 2, Kementerian akan meneruskan momentum usaha bagi melaksanakan program yang telah menunjukkan kejayaan dalam Gelombang 1 melalui peluasan laluan pendidikan vokasional dan pendidikan agama. Kementerian akan menambah baik laluan pendidikan teknikal supaya lebih menarik dan relevan dengan memperkemas penawaran mata pelajaran elektif teknikal kepada tiga bidang kritikal iaitu kejuruteraan dan sains gunaan, reka bentuk dan teknologi dan perniagaan dan perkhidmatan. Selain kesinambungan kerjasama dengan ACCA, pihak Kementerian akan turut memperkukuh kerjasama dengan badan profesional lain merentasi tiga bidang yang dinyatakan. Langkah ini menuntut keperluan menjadikan kurikulum elektif teknikal (termasuk infrastruktur sekolah), selari dengan keperluan badan profesional berkenaan.
Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.
Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertekad untuk meningkatkan pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien. Peningkatan kualiti, ekuiti dan akses dalam pendidikan akan terus diperkukuh untuk memastikan kelangsungan kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menetapkan dengan jelas sasaran yang perlu dicapai dari segi kualiti, ekuiti dan akses dalam tempoh 13 tahun. Perancangan yang teliti dalam jangka masa ini perlu dilakukan melibatkan transformasi pengurusan sumber manusia dan kewangan serta penetapan inisiatif utama yang menjurus kepada keberhasilan murid. Keutamaan Kementerian adalah bagi memastikan wujudnya keselarian dasar pendidikan dan pelaksanaan. Kefahaman jelas dalam kalangan warga Kementerian dan para pendidik tentang pelan ini adalah amat perlu agar pelaksanaan program berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Antara cabaran yang perlu ditempoh untuk menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2010-2025) ialah cabaran akses. Ini kerana setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas iaitu Tingkatan 5 menjelang tahun 2020. Contohnya, 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan. Seterusnya, cabaran yang perlu dihadapi ialah cabaran ekuiti iaitu setiap pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan pendidikan terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar balakang sosioekonomi. Contohnya, merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina 50% menjelang tahun 2020.
Selain itu, cabaran yang perlu dihadapi adalah cabaran kualiti iaitu semua kanakkanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan pendidikan negara maju. Sebagai contohnya, Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Trend In International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA).
Selanjutnya, cabaran yang perlu dihadapi ialah cabaran perpaduan iaitu menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid-murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Contohnya, murid yang berusia antara 7 hingga 17 yang bersekolah di Malaysia menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Akhir sekali, cabaran yang dihadapi ialah cabaran kecekapan iaitu sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan dan kelestarian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, setiap pihak yang terlibat mesti memahami peranan penting yang mereka mainkan dan manfaat yang akan mereka nikmati. Program yang direncanakan dalam pelan ini dihasratkan membawa ke arah satu set manfaat, hak dan tanggungjawab secara kolektif bagi setiap kumpulan terutamanya murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai kementerian dan ibubapa.
LINK VIDEO PAMERAN ( KLIK DI BAWAH) VIDEO PENERANGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA LINK BAGI LAPORAN PROJEK KREATIF (KLIK DIBAWAH)...