Wednesday, 5 January 2022

TAJUK 7: PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 Pengenalan 

    Perancangan Pembangunan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah 

lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk 

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk 

melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak 

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap kerharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 


Misi Pendidikan 

    Terdapat satu misi Pendidikan di Malaysia iaitu membangungkan sistem pelajaran yang 

bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan 

memenuhi aspirasi negara Malaysia. 


Wawasan 2020 

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana 

Menteri keempat ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada 28 Febuari 1991, yang 

bertujuan untuk meningkatakan Malaysia menjadi sebuah negara Malaysia yang maju 

sebelum menjelang tahun 2020. Seterusnya, dalam Wawasan 2020 terdapat sembilan 

matlamat utama wawasan 2020. Selain itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah 

menggariskan sembilan cabaran strategik yang Malaysia atasi untuk mencapai Wawasan 

2020. Antara sembilan cabaran ialah: 

Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.

Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.

Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.


Perancangan Pembangunan Pendidikan Berteraskan Rancangan Pembangunan 
Pendidikan Di Malaysia.



SOALAN 1:
Analisis pelaksanaan dan pencapaian teras strategik dalam Pelan Induk Pembangunan 
Pendidikan (2006 - 2010)

1. Pengenalan 

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 telah dirangka untuk 
melaksanakan dan merealisasikan satu sistem Pendidikan yang holistik, progresif, bermoral 
dan bertaraf dunia. Selain itu, PIPP telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji 
Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International 
Convention Center (PICC), Putrajaya. 

2. Matlamat Utama PIPP

    Matlamat utama PIPP ialah menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua menerusi 
penyediaan peluang pendidikan yang adil dan saksama serta memberi perhatian khusus ke 
atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk ke tahap yang lebih tinggi. Selain 
itu, membina modal insan mind kelas pertama untuk mencapai Wawasan 2020. 

3. Misi PIPP 

    Di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 terdapat satu misi telah 
dibangunkan iaitu “Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional”. 

4. Pendekatan PIPP

    Terdapat dua pendekatan iaitu Pendekatan Pertama dan Pendekatan Kedua. Pendekatan 
Pertama ialah menyelesaikan tugasan yang belum selesai dan memberi kesamaratan 
peluang Pendidikan. Tujuan Pendekatan Pertama ialah PIPP dapat memastikan semua 
rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti, adil dan saksama serta PIPP juga memastikan 
pelajar menguasai 3M iaitu membaca,mengira dan menulis. Disamping itu, dalam 
Pendekatan Pertama ini juga PIPP dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk 
menguasai dan mendapat akses ICT. Pendekatan Kedua pula ialah untnk mencapai 
kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tujuan Pendekatan Kedua ini ialah KPM akan 
memastikan dan memberikan perhatian khusus kepada sekolah-sekolah serta 
mengenalpasti sekolah-sekolah kluster.

5. Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

    PIPP telah mengariskan enam teras strategik iaitu Teras 1 adalah Membina 
Negara Bangsa. Fokus utama dalam membina negara bangsa, KPM berhasrat untuk 
membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik & 
cintakan negara, menyanjung & menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. 
Seterusnya, bagi pelaksanaan KPM telah memperkasakan bahasa melayu, meningkatkan 
disiplin murid, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta 
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi
bahasa dan adab dalam kalangan murid. Contoh pelaksanaan ialah sekolah swasta dilibatkan 
dalam aktiviti bagi Teras 1 dan penyertaan murid daripada pelbagai kaum untuk aktiviti 
kokurikulum. Selain itu, konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pedidikan 
serta menerapkan nilai-nilai kekitaan dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. 
Seterusnya, contoh pelaksanaan Teras 1 juga adalah fokus dalam memartabatkan Bahasa 
Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris serta mewujudkan pasukan beruniform di 
sekolah yang melibatkan murid pelbagai kaum. 

    Bagi Teras 2 pula adalah Membangunkan Modal Insan. Pendidikan memainkan 
peranan penting bagi membangunkan modal insan yang mempunyai sikap disiplin, akhlak, 
sahsiah dan jati diri. Selain itu, Teras ini juga berhasrat melahirkan murid yang kompeten 
dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Selain itu, bagi 
melaksanaan Teras 2 terdapat pelaksanaan telah dirancang iaitu menyediakan sistem 
pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada 
kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Contoh bagi pelaksanaan ialah penyediaan profil 
murid untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan membangungkan modal insan holistik, 
berfikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, Key Performance Index (KPI) digunakan keatas 
peningkatan kadar literasi murid serta penggunaan modular dan pelbagai kaedah pengajaran 
untuk menguasai 3M. Seterusnya, penekanan kepada penbangunan nilai, etika, jati diri, daya 
kreatif dan inovasi serta kepimpinan dan keusahawanan. 

    Selain itu, untuk Teras 3 adalah Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Di 
dalam PIPP, Sekolah kebangsaan merujuk kepada sekolah rendah dan sekolah menegah 
harian yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini ditubuhkan 
sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat. Selain itu, KPM telah 
memperkenalkan dasar memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan utama 
masyarakat di Malaysia. Seterusnya, pelaksanaan sekolah kebangsaan akan dilengkapkan 
dengan kemudahan asas yang mencukupi dan berkualiti dan menyediakan guru yang 
berkebolehan dan terlatih dalam mengajar setiap jenis mata pelajaran yang ada di sekolah 
kebangsaan. Contoh pelaksanaan ialah peningkatan pencapaian akademik untuk daya 
tarikan ibu bapa dan guru terlatih haruslah mencukupi dalam mengikuti opsyen terutama di 
luar bandar dan pendalaman. Selain itu, Pengetua/Guru Besar diberi tempoh percubaan 
selama satu tahun untuk mencapai KPI serta semua sekolah menekankan keperluan asas 
infrastruktur lengkap dan berfungsi. Disamping itu, pengarah JPN diberi kuasa untuk 
membuat redeployment guru Bahasa Inggeris ke sekolah di luar dan pendalaman. 

    Teras 4 pula ialah Merapatkan Jurang Pendidikan. Dasar KPM adalah untuk 
merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan 
pelajar. Matlamat KPM adalah memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang 
dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan 
yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Selain itu, 
pelaksanaanya ialah membangungkan kemudahan infrastruktur pendidikan di luar bandar 
Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut 
standard minimum. Lebih banyak bantuan kepasa miskin, keperluan khas dan kumpulan 
minoriti di kawasan luar bandar dan pendalaman. Contoh pelaksanaan dalam merapatkan 
jurang pendidikan ialah asrama desa dan asrama harian diperluaskan dan definisi bandar dan 
luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama 
penuh(SBP). Seterusnya, sekolah-sekolah pinggir bandar juga perlu diberikan tumpuan 
dengan mengambilkira kesesakan murid dan keperluan asas serta guru dan perluasan 
prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir(reaching the 
unreach) disebabkan pendidikan sekolah. Disamping itu, guru cemerlang perlu berada di 
sekolah masing-masing sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan satu hari sahaja 
dibenarkan keluar untuk bertugas serta dasar penempatan guru permulaan dalam mata 
pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pendalaman hendaklah dianggap sebagai satu 
khidmat negara. 

    Selain itu, Teras 5 ialah Memartabatkan Profesion Keguruan. Ia bagi 
memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang 
dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Pelaksanaannya ialah 
menaiktaraf maktab perguruan kepada institusi pendidikan untuk meningkatakan kelayakan 
guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, 
penjawatan, penempatan dan kebajikan guru. Seterusnya, contoh bagi pelaksanaanya ialah 
memberi elaun khas kepada guru berdasarkan peformance – based dan program motivasi 
untuk menyegarbugarkan guru-guru yang telah lama kerkhidmat. Selain itu, semua pentadbir 
harus memakai lencana (badge) seperti ‘Saya Agen Perubahan’ atau ‘Saya Guru Yang 
Berkualiti’ mulai tahun 2010. Disamping itu, dengan memperkenalkan konsep tour of duty
dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan pangkat bagi guru berkhidmat di luar 
bandar dan pendalaman serta mewujudkan pusat latihan bagi menanamkan sikap positif 
kepada guru permulaan serta guru yang telah berkhidmat lebih 5 tahun. 

    Teras terakhir ialah Teras 6 iaitu Melonjakkan Kecemerlangan Institusi 
Pendidikan. Fokus utama dalam melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan ialah 
memastikan institusi pendidikan di Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. 
Dalam melaksanakan Teras 6 ini terdapat pelaksanaan telah dilakukan iaitu membentuk 
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau 
bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah yang terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan 
dengan institusi yang ternama samada tempatan atau luar negara serta menawarkan pelbagai
peperiksaan peringkat antarabangsa. Sekolah-sekolah yang dikenalpasti daripada kluster ini 
akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan 
usaha membangunkan sistem berkualiti dan bertaraf dunia. Contoh pelaksanaanya ialah 
semua Pengetua/Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus sekurangkurangnya 3 tahun berturut-turut. Perlantikkan guru dan jurulati di SKK perlu cemerlang dalam 
bidang bitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, 
memantapkan jaringan kerjasama pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti institusi 
pengajian tinggi swasta dan institusi pengajian awam bagi melonjakkan SKK mengikut bidang 
bitaraan masing-masing. 

6. Analisis Pencapaian Teras Strategik PIPP

    Berdasarkan enam teras strategik PIPP, terdapat beberapa analisis dapat dibuat. 
Bagi Teras 1 iaitu membina negara bangsa, analisis prestasi pencapaian sebanyak 87.9% 
dalam mengerakkan gelombang baru gerakan memperkasa bahasa kebangsaan berjaya 
dicapai, manakala analisis prestasi pencapaian bagi identiti bangsa Malaysia berdasarkan 
kaum gagal dicapai serta untuk analisis prestasi pencapaian bagi integrasi nasional dan 
memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa masih lagi diteruskan. 
Seterusnya. Teras 2 iaitu membangun modal insan, analisis prestasi pencapaian sebanyak 
92.9% dalam menggerakan usaha melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran, kebolehan 
menggunakan ICT dengan baik, berfikir secara kreatif dan kritis, mengamalkan pembelajaran 
sepanjang hayat, manakala analisis prestasi pencapaian bagi pengangguran masih berlaku 
kerana graduan masih berharap untuk makan gaji. Masalah sosial & jenayah masih tinggi 
gagal dicapai serta analisis prestasi pencapaian dalam membangunkan modal insan yang 
mempunyai jati diri, akhlak mulia, pengetahuan dan berketerampilan, bagi mengisi keperluan 
ke arah negara maju masih lagi diteruskan. 

    Selain itu, Teras 3 iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan, analisis prestasi 
pencapaian sebanyak 86.0% dalam memperkenalkan dasar memperkasakan sekolah 
kebangsaan supaya sekolah kebangsaan kekal sebagai pilihan utama masyarakat, manakala 
analisis prestasi pencapaian bagi SJK(C) & (T), sekolah antarabangsa dan sekolah agama 
berkembang menjadi pillihan gagal serta analisis prestasi pencapaian menjadikan SK 
beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti 
prasarana masih lagi diteruskan. Seterusnya, Teras 4 iaitu merapatkan jurang pendidikan, 
analisis prestasi pencapaian sebanyak 98.0% dalam membangunkan infastruktur sekolah luar 
bandar, tingkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dan menambahbaik 
sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, 
manakala analisis prestasi pencapaian pelajar perempuan mendominasi pendidikan tinggi, 
sekolah luar bandar masih ketinggalan dan pencapaian murid luar bandar gagal untuk 
diteruskan serta memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan 
yang sama untuk kecemerlangan masih lagi diteruskan. 

    Disamping itu, Teras 5 pula iaitu memertabatkan profesion guru, analisis prestasi 
pencapaian sebanyak 90.8 % dalam memantapakn latihan perguruan & kerjaya guru dan 
menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru, manakala analisis prestasi 
pencapaian dalam graduan perguruan menggangur gagal diteruskan serta bagi 
memartabatkan profesion guuru masih lagi diteruskan. Akhir sekali, Teras 6 iaitu analisis 
prestasi pencapaian sebanyak 95.2% dalam menjadikan MMPKP dan pengelibatan yang 
lebih aktif dalam bandan-badan pendidikan sedunia seperti UNESCO, OECD dan IEA 
manakala analisis prestasi pencapaian belum mendapat pengiktirafan terbaik peringkat 
kebangsaan gagal diteruskan serta membangunkan sistem pendidikan rendah dan IPTA 
bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan insan yang berupaya untuk bersaing masih lagi 
diteruskan. 



No comments:

Post a Comment

LINK VIDEO PAMERAN ( KLIK DI BAWAH) VIDEO PENERANGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA   LINK BAGI LAPORAN PROJEK KREATIF (KLIK DIBAWAH)...